Rabu, 06 Oktober 2010

INGRAW 2010

PERAKAUNAN ZAKAT PERNIAGAAN 
DI BAITUL MAL NANGGROE ACEH DARUSSALAM:
SATU CADANGAN PENYELIDIKAN

Oleh: I R F A N
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan,Universiti Sains Malaysia
11800 Minden, Pulau Pinang
Email : irfanumsu@gmail.com 

Abstrak

Kertas ini bertujuan untuk menganalisis kaedah perakaunan zakat perniagaan yang diamalkan oleh Baitul Mal Nanggroe Aceh Darussalam. Boleh dikatakan hampir semua Badan dan Lembaga Amil Zakat di Indonesia menggunakan kaedah modal kerja dalam membuat taksiran zakat perniagaan. Ini berbeza dengan Baitul Mal Nanggroe Aceh Darussalam yang menggunakan kaedah keuntungan tahunan. Persoalannya, mengapakah Baitul Mal Nanggroe Aceh Darussalam menggunakan kaedah keuntungan?. Analisis kandungan akan dibuat berdasarkan temubual terstruktur terhadap dua kategori responden yang dipilih secara persampelan bertujuan dan kumpulan fokus.




Diseminarkan dalam "The 15th ISDEV International Graduate (INGRAW 2010)" 
di Universiti Sains Malaysia, 21-22 September 2010.